(Kapal peninjau oseanografi USNS Bowditch bertanggungjawab melancarkan dron milik AS di perairan Laut China Selatan)
Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) kerap kali menjalankan pengintipan dan pengukuran ketenteraan di kawasan perairan Laut China Selatan. China membantah keras tindakan itu dan menggesa Washington menghentikan tindakan seumpama itu.
Jabatan Penerangan Kementerian Pertahaan China berkata, sebuah kapal penyelamat tentera laut China telah menemukan sebuah alat yang tidak dapat dikenal pasti. Untuk mengelakkan alat itu menjejaskan keselamatan kapal dan orang yang melalui perairan tersebut, kapal China itu telah memeriksa alat itu. Keputusannya alat itu disahkan dron bawah air milik tentera laut AS.
Sehubungan dengan itu, pihak China memutuskan akan memulangkannya kepada AS melalui saluran yang sewajarnya. China sentiasa menjalankan komunikasi dengan pihak AS mengenai hal ini.
AS menggembar-gemburkan hal ini secara sepihak tidak bermanfaat bagi penyelesaiannya. China amat kesal atas tindakan AS ini.