Cari:
Trump Dinasihati Kekalkan Dasar "Satu China"
2016-12-18 15:02:00 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menasihati bakal Presiden negara itu, Donald Trump agar jangan mengubah dasar "satu China" kerana isu Taiwan antara isu kepentingan teras bagi China. Sekiranya hubungan AS-China menjadi buruk, ia akan menjejaskan semua pihak.

Obama berkata demikian dalam sidang akhbar menjelang hujung tahun pada petang Jumaat lalu.

Beliau menyatakan bahawa Presiden AS sepatutnya mempunyai pandangan yang baharu dalam dasar luar negara itu, namun hubungan AS-China ialah hubunga dua hala yang paling penting dan paling berpengaruh di dunia. Dasar "satu China" mewakili negara dan bangsa China dan juga pendirian dan dasar AS dalam 40 tahun lalu. Ia telah memelihara keamanan antara Tanah Besar China dengan Taiwan selama ini.

Obama menasihati Trump agar jangan mengubah keadaan semasa ini kerana China tidak akan bertolak ansur dalam isu ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China