Cari:
Tentera Libya Bebaskan Bandar Sirte
2016-12-19 12:34:56 CRI Cetak

Perdana Menteri kerajaan Libya, Faizi Sarraj baru-baru ini berkata bahawa bandar Sirte yang diduduki oleh kumpulan militan Daesh sebelum ini telah dibebaskan.

Faizi Sarraj dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen berkata, bandar yang terletak di bahagian barat negara itu telah berjaya dibebaskan melalui operasi tentera kerajaan selama lapan bulan. Namun, menurut beliau, pertempuran dengan Daesh masih belum berakhir.

Kerajaan Libya telah menubuhkan pasukan pertahanan pada bulan Mei lalu untuk melancarkan serangan terhadap militan Daesh yang menduduki bandar Sirte, dan berjaya menghapuskan semua kempulan militan yang menduduki bandar itu pada awal bulan ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China