Rundingan empat pihak berhubung krisis Yaman telah diadakan di Riyadh, Arab Saudi semalam. Rundingan yang melibatkan AS, Britain, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu ini bertujuan untuk menamatkan konfik dengan segera dan memulihkan dialog politik di Yaman.
Setiausaha Negara AS, John Kerry dalam sidang media selepas rundingan itu berkata, konflik yang berlaku di Yaman telah menyebabkan korban nyawa rakyat jelata dalam bilangan yang besar, selain menjadikan ramai penduduk awam hilang rumah. Pelbagai pihak perlu mencapai persepakatan dengan seawal mungkin bagi mengakhiri krisis kemanusiaan di Yaman.
Tambah beliau, permuafakatan untuk menamatkan konflik di Yaman perlu diwujudkan dengan prasyarat menjamin keselamatan di kawasan sempadan dengan Arab Saudi.