Jabatan Meteorologi Pusat China terus mengeluarkan amaran jerebu di kawasan utara hari ini. Jerebu teruk melanda 12 buah bandar dan provinsi pada 19 dan 20 Disember ini.
Jerebu bertambah teruk di bandar Beijing, Tianjin, provinsi Hebei dan kawasan sekitarnya sejak 16 Disember lalu. Masalah pencemaran udara ini dijangka akan mula pulih pada 22 Disember nanti dengan kedatangan arus dingin dan angin.