Cari:
China-Norway Normalkan Hubungan Dua Hala
2016-12-20 15:09:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kerajaan China dan Norway mengeluarkan kenyataan semalam untuk menormalkan hubungan dua hala.

Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam pertemuan dengan Menteri Luar Norway, Borge Brende di Beijing semalam berkata, China menghargai komitmen kerajaan baharu Norway untuk mempertahankan dasar "Satu China" dan mengembangkan hubungan dua hala dengan China. Negara ini bersedia bekerjasama dengan Norway untuk menerajui hubungan dua hal yang sihat dan stabil.

Hubungan antara China dan Norway terjejas apabila Suruhanjaya Hadiah Nobel Norway menganugerahkan Hadiah Nobel Perdamaian kepada Liu Xiaobo pada tahun 2010. Liu dijatuhi hukuman penjara kerana didapati bersalah melanggar undang-undang China pada masa itu. Tindakan pihak Norway ketika itu dianggap mencampuri urusan dalaman negara China dan mencabuli kedaulatan kehakiman negara ini.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China