Kementerian Luar Perancis semalam mengumumkan, pihaknya tetap mempertahankan dasar "Satu China". Menteri Luar, Jean-Marc Ayrault ketika diwawancara pada 14 Disember menyatakan, Donald Trump yang baru menang dalam pilihan raya presiden AS yang memilih mencabar prinsip "Satu China" kelihatan tidak bijaksana. Beliau berharap agar bakal kerajaan AS menjalankan pemerintahan dengan rasional dan bertanggungjawab.