Jerebu yang melanda kawasan utara dan tengah China mereda berikutan kedatangan arus dingin dan tiupan angin hari ini.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Perlindungan Alam Sekitar menyatakan bahawa berdasarkan pelan tindakan kecemasan yang dikemukakan kerajaan, kilang-kilang terbabit telah mengurangkan atau menghentikan aktiviti pengeluaran bagi mengurangkan pelepasan pencemaran semasa penguatkuasaan amaran jerebu peringkat merah.
Kementerian tersebut turut mengerahkan 16 buah kumpulan petugas khas untuk menyelia pelaksanaan langkah-langkah mengurangkan pencemaran di pelbagai tempat di negara ini.








