Mesyuarat Ekonomi Pusat China yang berakhir di Beijing baru-baru ini menarik perhatian media pelbagai negara yang menganggap mesyuarat itu telah menggariskan hala tuju pembangunan ekonomi yang bersifat stabil untuk masa akan datang.
Laporan Agensi Berita TASS Rusia menyebut, kemapanan ditentukan sebagai perkara asas untuk pembangunan ekonomi pada tahun 2017. Kerajaan China akan terus mengamalkan polisi kewangan yang positif dari segi ekonomi makro, di samping mengekalkan kecairan modal. Di samping itu, China menyasarkan untuk meningkatkan kefleksibelan kadar pertukaran mata wang renminbi (RMB), selain mengekalkan kadar pertukaran RMB pada tahap munasabah dan seimbang.
Nihon Keizai Shimbun (Nikkei) Jepun dalam artikelnya berpendapat kerajaan China menyasarkan memacu pertumbuhan ekonomi melalui polisi kewangan, dan pada masa yang sama juga memberikan fokus kepada langkah-langkah menangani risiko prospektif, termasuk harga hartanah yang melambung tinggi.