Cari:
China Tampilkan Imej Semakin Matang di Persada Dunia
2016-12-23 13:07:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China menampilkan diri di arena antarabangsa dengan imej yang semakin matang hingga memainkan peranan penting dalam membantu merungkai konflik di sestengah tempat di dunia.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam temu bual bersama wartawan ketika merumuskan pencapaian diplomasi China sepanjang tahun 2016.

Kata beliau, pada tahun 2016, banyak perubahan telah berlaku dalam situasi antarabangsa. Dalam pada itu, dasar luar China menyasarkan untuk mewujudkan persekitaran luar yang bermanfaat bagi pembanguan negara. Hubungan dan kerjasama pragmatik antara China dengan negara-negara utama di dunia terus meningkat.

Ketika menyentuh kemajuan dalam pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), Menteri Luar China itu berkata, dengan sokongan dan penyertaan lebih 100 buah negara dan pertubuhan antarabangsa, pembangunan B&R telah mencapai hasil yang memuaskan dalam pelbagai bidang, termasuk memperkasakan penyelarasan strategi pembangunan, kesalinghubungan dan kerjasama kapasiti pengeluaran antara negara-negara terbabit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China