Cari:
Yanqing, Beijing Ambil Langkah Elak Jerebu
2016-12-23 15:30:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Yanqing, daerah yang terletak di utara pinggir bandar Beijing, tetap menikmati cuaca cerah ketika Beijing dilanda jerebu teruk beberapa hari lepas.

Hal ini berkat langkah-langkah untuk menangani masalah pencemaran udara yang diambil oleh kerajaam tempatan Yanqing, yang bakal menjadi salah sebuah venue Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 2022.

Indeks purata PM2.5 di daerah Yanqing mencacat 59 mikrogram per meter kubik sepanjang tahun ini, sekali gus menjadi salah satu kawasan yang kualiti udara paling baik di Beijing.

Untuk mengurangkan pelepasan bahan pencemar, kerajaan tempatan telah mengurangkan penggunaan arang batu sebanyak 80 ribu tan pada tahun ini, di samping mengenakan tindakan ke atas 789 buah perusahaan yang didapati melepaskan bahan cemar berlebihan.

Di samping itu, pihak berkuasa tempatan akan terus menyempurnakan sistem pemantauan alam sekitar dan melaksanakan pendekatan bersepadu untuk memastikan alam sekitar dan ekologi kekal di tahap baik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China