Cari:
Putin: Rusia Hargai Hubungan dengan China
2016-12-24 15:29:19 CRI Cetak

Rusia amat menghargai hubungan dengan China dan berharap hubungan dua hala ini dapat terus bekembang.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam sidang media tahunan yang diadakan pada 23 Disember lalu.

Ketika menjawab pertanyaan wartawan China, Putin berkata bahawa hubungan antara Rusia dan China kini berada pada tahap yang amat tinggi. Ikatan Rusia-China terus berkembang maju pada beberapa tahun kebelakangan ini sehingga sudah melangkaui perkongsian strategik.

Tambah beliau, China merupakan rakan perdagangan yang paling besar bagi Rusia. Perdagangan dua hala turut menyaksikan peningkatan yang memuaskan dalam bidang teknologi tinggi dan perindustrian.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China