Cari:
Rampasan Pesawat Libya: 118 Tebusan Dibebaskan
2016-12-24 15:32:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kesemua 118 penumpang dan kru pesawat Libya yang dirampas dan mendarat di Malta telah dibebaskan setelah dua perampas menyerah diri secara aman kepada pihak berkuasa Libya.

Pesawat berkenaan dilaporkan dirampas semalam sebelum berubah haluan kemudian mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Malta.

Dua perampas mengancam akan meletupkan pesawat dengan bom tangan pada bila-bila masa.

Menurut laporan media tempatan, perampas terbabit menuntut untuk menubuhkan sebuah parti baharu yang menyokong Moamer Kadhafi di Libya. Sekiranya tuntuan itu dipenuhi, mereka akan membebaskan semua tebusan.

Walau bagaimanapun, menurut Datuk Bandar Sebha Libya, berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, perampas mahu memohon suaka politik di Malta.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China