Dua orang suspek yang merampas pesawat Libya bakal dihadapkan ke mahkamah dalam masa 48 jam selepas diberkas di Malta.
Ketua Polis Malta, Lawrence Cutajar berkata, siasatan terhadap kes rampasan pesawat itu masih dijalankan dan tarikh untuk membicarakannya masih belum ditentukan.
Menurut beliau, masih belum ada bukti yang menunjukkan dua perampas itu mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas. Kedua-dua mereka juga tidak pernah mengemukakan sebarang tuntutan setakat ini.