Cari:
China Seru Palestin-Israel Pulih Rundingan Damai
2016-12-24 16:02:09 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China mengalu-alukan resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung isu penempatan Yahudi, dan berharap Palestin dan Israel membina semula kesalingpercayaan dan memulihkan rundingan damai seawal mungkin.

Demikian dinyatakan oleh Naib Wakil Tetap China ke PBB, Wu Haitao selepas UNSC meluluskan resolusi yang menggesa Israel menghentikan pembinaan pusat petempatan Yahudi di wilayah Palestin semalam.

Wu dalam ucapannya berkata China menyokong UNSC memainkan peranan sewajarnya dalam isu Palestin. Resolusi berkenaan mencerminkan hasrat dan aspirasi bersama masyarakat antarabangsa. Israel digesa menghentikan segala tindakan dalam menubuhkan pusat petempatan dan memusnakan rumah penduduk Palestin, bagi membuka jalan kepada pemulihan rundingan damai.

Tambah beliau, China tetap menyokong perjuangan rakyat Palestin, dan mendukung penubuhan negara Palestin yang beribu negara di Baitulmuqaddis Timur berdasarkan sempadan yang ditentukan pada tahun 1967.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China