Cari:
Norway Prihatin Kepentingan Asas China
2016-12-25 16:10:50 CRI Cetak

 

Menteri Luar Norway, Borge Brende ketika diwawancara wartawan Agensi Berita Xinhua semalam berkata, pihaknya menghormati sepenuhnya jalan pembangunan dan sistem sosial China. Selain itu, Norway memberikan perhatian yang tinggi terhadap kepentingan asas dan keprihatinan China, mempertahankan dasar Satu China serta bersedia mengembangkan hubungan persahabatan dengan China berdasarkan prinsip saling menghormati, sama rata dan menang-menang.

Borge Brende melawat ke Beijing pada 19 Disember lalu. Beliau merupakan menteri kabinet Norway pertama yang melawat China dalam tempoh enam tahun yang lalu.

Beliau bersama-sama Perdana Menteri, Li Keqiang dan rakan sejawatnya, Wang Yi bertukar-tukar pendapat dan mencapai kata sepakat untuk memulihkan dan mengembangkan hubungan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China