Cari:
Kereta Api Maglev yang Pertama di Beijing
2016-12-26 13:11:14 CRI Cetak

Kereta api maglev yang pertama diangkut ke Beijing yang bakal dijalankan operasi percubaan di Laluan S1. Wartawan dimaklumi daripada Pejabat Projek Besar Beijing semalam, dengan beroperasinya Laluan S1 secara rasmi menjelang tahun 2017 nanti, perjalanan dari kawasan Mentougou ke stesen Pingguoyuan, kawasan Shijingshan hanya akan memakan masa 20 minit. Ini dilihat amat memudahkan penduduk di sebelah barat bandar raya Beijing.

Menurut wartawan, kereta api maglev yang dilengkapi 186 kerusi dalam setiap gerabaknya kelihatan tidak amat berbeza dengan kereta api bawah tanah yang sedia ada di Beijing. Kelajuannya direka kira-kira 100 kilometer sejam, tetapi akan dikawal ke bawah 80 kilometer sejam sahaja dalam operasinya nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China