Presiden China, Xi Jinping hari ini merakamkan ucapan takziah kepada Presiden Rusia, Putin atas tragedi yang menimpa pesawat tentera Rusia pada 25 Disember lalu.
Presiden Xi menyatakan bahawa beliau terkejut ketika mengetahui sebuah pesawat tentera Rusia terhempas di kawasan perairan yang berhampiran Sochi dan mengakibatkan semua penumpang dan anak kapal terkorban. Beliau mewakili kerajaan dan rakyat China menyampaikan simpati yang mendalam atas tragedi itu, berduka cita untuk mangsa yang terkorban dan menyampaikan salam yang ikhlas kepada keluarga mangsa.