Cari:
China, Paling Cerah bagi Penanaman Modal Asing
2016-12-27 11:17:49 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China kekal menduduki tempat pertama antara negara-negara membangun dalam menarik penanaman modal asing dalam tempoh 25 tahun secara berturut-turut. Tanpa penglibatan sektor perbankan, sekuriti dan insurans, modal asing yang ditanam di China dijangka mencatat kira-kira RMB785 bilion (kira-kira RM505.5 bilion) sepanjang tahun 2016.

Anggaran terkini yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan China di Beijing baru-baru ini, turut menunjukkan bahawa struktur penggunaan modal asing semakin dioptimumkan selain jumlahnya semakin meningkat di China pada ketika ini. 

Pada masa yang sama, Mesyuarat Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) juga menyenaraikan China sebagai destinasi pelaburan pertama yang mempunyai prospek paling cerah di seluruh dunia pada 2016 dan 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China