Cari:
Choi Soon-sil Nafikan Park Geun-hye Adalah Sekongkolnya
2016-12-27 13:41:28 CRI Cetak

Suspek utama dalam skandal Presiden Park Geun-hye membabitkan teman rapatnya yang didakwa campur tangan dalam urusan pentadbiran negara, Choi Soon-sil menafikan Park Geun-hye adalah sekongkolnya ketika disoal siasat oleh anggota Jawatankuasa Khas Siasatan Urusan Pentadbiran Negara Kongres Korea Selatan semalam. Serentak itu, beliau menyatakan sudah siap sedia untuk menerima hukuman penjara seumur hidup.

Dimaklumkan, tiga suspek utama terlibat skandal itu telah menolak untuk menghadiri pembicaraan Kongres terbuka mengenai kes itu dengan pelbagai alasan pada sebelah pagi semalam. Oleh sebab saksi tidak boleh dipaksakan menghadiri perbicaraan di sisi undang-undang, anggota jawatankuasa khas tersebut memilih mengadakan perbicaraan terhadap suspek secara tidak terbuka di rumah tahan berkenaan petang semalam.

Menurut laporan Agensi Berita Yonhap Korea Selatan, Choi Soon-sil ketika disoal siasat juga menyatakan tidak mengenali bekas ketua pejabat setiausaha Chong Wa Dae (Blue House), Kim Ki-choon dan bekas setiausaha pertama hal ehwal awam Chong Wa Dae, Woo Byung-woo. Serentak itu, beliau turut menafikan dakwaan mengenai anak perempuannya diterima Universiti Ewha Womans melalui saluran yang tidak sah dan beliau menyembunyikan harta yang berjumlah raksasa di Jerman.

Dalam perbicaraan yang tidak terbuka terhadap bekas setiausaha Chong Wa Dae, Jung Ho-sung, beliau mengakui Choi Soon-sil pernah membuat pindaan terhadap dokumen Chong Wa Dae termasuk keputusan urusan jawatan pegawai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China