Cari:
Xi Jinping Sanjung Sumbangan Ban Ki-moon
2016-12-27 13:50:21 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping seperti yang dijadualkan menghubungi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon melalui telefon malam semalam.

Xi Jinping telah menyanjung sumbangan cemerlang yang dicapai Ban Ki-moon dalam menggalakkan kedamaian, pembangunan dan kemakmuran dunia serta dalam memperkasakan kerjasama China dengan PBB sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Setiausaha Agung PBB selama 10 tahun.

Xi Jinping menyatakan bahawa memandangkan pelbagai negara sedang menghadapi masalah dan cabaran baharu dalam jumlah yang besar, keberkesanan perlu dipertingkatkan dalam tadbir urus sejagat yang tidak terlepas dari peranan PBB. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon sejak sekian lama bersungguh-sungguh menjalankan tugasnya berdasarkan Piagam PBB, memimpin staf jabatannya bertungkus-lumus melaksanakan misi mereka, dan giat menjalankan koordinasi dengan negara anggota PBB sehingga membuahkan hasil yang cemerlang termasuk pencapaian Agenda Pembangunan Mampan 2030 dan Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim.

Xi Jinping menegaskan bahawa atas usaha bersama kedua-dua pihak, kerjasama antara China dengan PBB telah mencapai tahap baharu. China akan terus menyokong PBB dan mengekalkan kerjasama yang rapat dengan Setiausaha Agung PBB baharu,António Guterres untuk menggalakkan hubungan dua hala terus berkembang.

Ban Ki-moon pula mengucapkan terima kasih kepada China atas sokongan kepada beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Setiausaha Agung PBB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China