Cari:
Pendapatan Sektor Internet di China Meningkat Lebih 40%
2016-12-27 14:39:28 CRI Cetak

Pendapatan sektor internet di China meningkat lebih 40% pada tahun ini. Demikian dimaklumkan Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Miao Wei dalam sidang kerja industri dan teknologi maklumat China baru-baru ini.

Menurut penerangan Miao Wei, jumlah peruntukan dalam indutri telekomunikasi bagi tahun 2016 mencecah RMB 430 bilion (RM277 bilion), rangkaian gentian optik hampir merangkumi semua bandar di China, peratusan penggunaan gentian optik antara pengguna jalur lebar telah mencapai 72%, jumlah pengguna rangkaian 4G mencecah 700 juta, dan jumlah pengguna IPTV pun mencapai 82 juta.

Miao Wei menyatakan bahawa tugas utama pada tahun 2017 adalah mempercepat pembinaan rangkaian 4G yang merangkumi kawasan desa dan tempat yang terpencil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China