Cari:
HSR Shanghai-Kunming Beroperasi secara Menyeluruh
2016-12-28 14:56:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Bahagian landasan kereta api dari bandar Guiyang, ibu kota provinsi Guizhou ke bandar Kunming, ibu kota provinsi Yunnan, sebagai komponen perkhidmatan kereta api kelajuan tinggi (HSR) Shanghai-Kunming telah beroperasi secara rasmi pada hari ini (28 Disember).

Pembukaan HSR bahagian Guiyang-Kunming tersebut menandakan bahawa HSR Shanghai-Kunming yang menyambung bahagian Timur dengan bahagian Barat China mula beroperasi secara menyeluruh.

Perkhidmatan HSR Shanghai-Kunming yang sepanjang 2,252 kilometer tersebut dilaporkan beroperasi melalui bandar Shanghai, provinsi Zhejiang, Jiangxi, Hunan, Guizhou dan Yunnan.

Masa perjalanan antara kawasan barat daya dengan kawasan timur, kawasan selatan dan tengah di China amat dipendekkan berkat adanya HSR Shanghai-Kunming. Hal ini amat signifikan bagi membaiki situasi pengangkutan serta memacu pembangunan sosioekonomi di kawasan barat daya China pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China