Cari:
Daya Saing Bandar China di Peringkat Menengah
2016-12-29 11:28:59 CRI Cetak

Forum Jaringan Bandar Jalan Sutera dan Daya Saing Bandar Sejagat anjuran Akademi Sains Sosial China (CASS) diadakan di Beijing semalam. Dalam sidang itu, Laporan mengenai Daya Saing Bandar Sejagat Tahun 2017--Jaringan Bandar Jalan Sutera yang diserahkan oleh kumpulan penyelidik bersama CASS--UN-Habitat (Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) telah dikeluarkan.

Menurut laporan itu, 10 bandar yang mengungguli ranking tahunan daya saing bandar sejagat yang melibatkan 505 buah sampel, adalah London, New York, Tokyo, Paris, Singapura, Hong Kong, Shanghai, Beijing, Sydney dan Frankfurt.

Antara seratus bandar yang paling berdaya saing di dunia, terdapat 37 buah bandar Eropah, 38 dari Amerika Utara dan 19 lagi dari Asia. Manakala, antara 20 buah bandar yang paling berdaya saing di Asia, terdapat 7 buah bandar China dan 6 dari Jepun, sedangkan yang bakinya adalah bandar Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Emiria Arab Bersatu, dan Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China