Sempena ulang tahun pertama Perjanjian Isu Hamba Seks Perang Korea Selatan-Jepun, penduduk Korea Selatan semalam berturut-turut mengadakan perhimpunan di pelbagai tempat untuk menggesa kerajaannya membatalkan perjanjian itu.
Di sebelah patung gadis yang mewakili mangsa yang menjadi hamba seks tentera penceroboh Jepun yang didirikan di hadapan Kedutaan Besar Jepun di Korea Selatan, para penunjuk perasaan berhimpun untuk menyampaikan rasa dukacita kepada mangsa yang pernah dipaksakan menjadi hamba seks yang baru saja meninggal dunia dalam tempoh setahun lalu.
Selepas perhimpunan itu, para peserta berarak ke Kementerian Luar Korea Selatan tanpa ambil kira cuaca yang sejuk sekali. Mereka menggesa Jepun mengakui jenayah yang dilakukannya, meminta maaf secara terbuka serta memberikan pampasan yang sesuai.
Menurut laporan berkenaan, pertubuhan kalangan rakyat di bandar Busan, Gyeongsangnam-do, Daegu, Gwang Ju dan Jeollabuk-do juga mengadakan perhimpunan pada hari yang sama yang menuntut perjanjian tersebut dibatalkan.