Cari:
Kerry: Hanya Dengan Cadangan Dua Negara Baru Boleh Tamatkan Konflik
2016-12-29 14:34:40 CRI Cetak

Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat, John Kerry menyatakan semalam bahawa hanya dengan Cadangan Dua Negara, baru boleh mewujudkan keadilan dan kedamaian yang berkekalan antara Israrel dengan Palestin.

Dalam sidang media di Washington semalam, Kerry menyatakan bahawa oleh sebab keganasan, tindakan kekerasan dan ucapan bersifat menghasut di kawasan Palestin dan Israel tidak pernah berhenti, dan penempatan haram Yahudi terus dilakukan, Cadangan Dua Negara yang sejak sekian lama digunakan untuk menangani konflik bilateral itu menemui jalan buntu buat masa sekarang.

Tambah Kerry, jika Israel tidak berpegang lagi kepada Cadangan Dua Negara, sebaliknya mengusahakan Cadangan Satu Negara, pertentangan antara Israel dengan dunia Arab tidak akan diselesaikan. Bagi penduduk Palestin, Cadangan Satu Negara dilihat akan mencipta halangan yang amat besar kepada pembangunan mereka pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China