Cari:
Gencatan Senjata di Syria Bermula
2016-12-30 15:15:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pihak tentera Syria semalam mengumumkan pelaksanaan gencatan senjata di seluruh negara yang mula berkuatkuasa pada pukul 12:00 malam 29 Disember lalu.

Pihak tentera dalam kenyataanya berkata, gencatan senjata dilaksanakan dalam konteks tentera kerajaan mencapai kemenangan dalam beberapa pertempuran dengan kumpulan antikerajaan pada masa ini, dengan tujuannya untuk menciptakan suasana agar krisis Syria dapat diselesaikan melalui saluran politik.

Pelaksanaan gencatan senjata kali ini dilaporkan digalakkan bersama oleh Rusia dan Turki yang berjanji akan menjamin gencatan senjata kali ini dilaksanakan dengan lancar.

Pada masa yang sama, kedua-dua negara tersebut juga akan mendorong kerajaan Syria dan wakil kumpulan antikerajaan mengadakan pertemuan dua hala di Astana, ibu negara Kazakhstan baru-baru ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China