Cari:
Rusia Umumkan Senarai Militan Syria yang Gencat Senjata
2016-12-30 15:10:34 CRI Cetak

Kementerian Pertahanan Rusia semalam telah mengumumkan senarai militan Syria yang memilih menyertai mekanisma gencatan senjata, iaitu tujuh buah kumpulan yang termasuk puak pembangkang Ahrar al-Sham dan Islam Army yang masing-masing mempunyai anggota seramai 16 ribu orang dan 12 ribu orang.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, mekanisma gencatan senjata yang disertai tujuh puak bersenjata itu mula berkuatkuasa pada pukul 12:00 malam 29 Disember.

Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Shoigu ketika bertemu dengan Presiden Rusia, Viladimir Putin dan Menteri Luar, Sergei Lavrov menyatakan bahawa jumlah militan yang menyertai mekanisma gencatan senjata mencatat 62 ribu orang yang merupakan teras dan tenaga utama puak pembangkang, manakala puak bersenjata yang tidak menyertai mekanisma itu akan dilihat sebagai pertubuhan keganasan dan patut dibanteras seperti yang dialami Daesh dan Jabhat Fateh al-Sham.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China