Cari:
Ban Ki-moon Ucap Selamat Tinggal
2016-12-31 15:00:11 CRI Cetak

"Seperti Cinderella, waktu tengah malam esok, semuanya berubah," gurau Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon kepada ratusan diplomat dan kakitangan PBB di ibu pejabat PBB pada Jumaat kali terakhir sebagai Setiausaha Agung PBB.

Ban yang berasal dari Korea Selatan diapit Presiden Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan mengucapkan terima kasih kepada kakitangan PBB atas kerja keras dan komitmen mereka sepanjang 10 tahun beliau berkhidmat dan ia berakhir pada tengah malam ini.

Sebagai pegawai tertinggi PBB sejak sedekad yang lalu, Ban memulakan perjanjian global untuk memerangi perubahan iklim dan matlamat baharu PBB dalam memerangi kemiskinan dan ketidakadilan.

Bagaimanapun, beliau meninggalkan PBB ketika konflik di Syria, Yaman, selatan Sudan dan Libya masih berterusan.

Ban menggesa kakitangan PBB agar kekal fokus dalam usaha memajukan matlamat pembangunan PBB dan berusaha untuk menangani isu perubahan iklim dan memperkasakan gender.

Ban akan digantikan oleh bekas Perdana Menteri Portugis, Antonio Guterres yang bakal memulakan penggal lima tahunnya esok.

Sumber dari BH Online

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China