Cari:
Jambatan Tertinggi Dunia Dibuka
2016-12-31 14:55:09 CRI Cetak

Jambatan ter­tinggi di dunia yang terletak di barat daya China, bakal menjadi kawasan tarikan pelancong terbaharu negara ini selepas dibuka secara rasmi semalam.

Menurut portal berita mirror.co.uk, jambatan yang menelan belanja 114 juta pound (RM625.9 juta) itu dibina merentasi Sungai Beipan untuk menghubungkan bandar Xuan­wei di provinsi Yunnan dan Shuic­heng di provinsi Guizhou.

'Tergantung' hampir 565 meter di atas gaung, jambatan yang dikenali sebagai Jambatan Beipanjiang berfungsi untuk mengurangkan masa perjalanan selama hampir empat jam bagi pengguna jalan raya yang bergerak ke dua bandar berkenaan.

Jambatan sepanjang 1.33 kilometer dengan infrastuktur canggih serta empat lorong untuk menampung aliran trafik yang tinggi dalam satu masa itu mengambil masa hampir tiga tahun untuk disiapkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China