Cari:
Arab Saudi, Iran Bincang Persiapan Haji Tahun Depan
2016-12-31 15:02:12 CRI Cetak

Arab Saudi telah mengundang Iran dalam perbincangan tentang penghantaran jemaah haji negara itu untuk tahun depan selepas Arab Saudi tidak menyenaraikan Iran dalam kumpulan jemaah haji tahun ini berikutan pertikaian diplomatik.

Akhbar Al-Hayat melaporkan Menteri Haji, Mohammed Bentin telah mengadakan pertemuan dengan lebih 80 negara termasuk Iran bagi memperincikan tentang persediaan haji tahun depan.

Akhbar Arab News pula melaporkan, Riyadh mengalu-alukan jemaah haji dan umrah tanpa mengira negara atau mazhab termasuk jemaah haji Iran.

Lebih 1.8 juta jemaah haji dari seluruh dunia menunaikan ibadah berkenaan tahun ini namun Iran terkecuali berikutan ketegangan antara Riyadh dan Tehran akibat tragedi rempuhan pada musim haji 2015.

Sumber dari Utusan Online

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China