Cari:
Perjanjian Gencatan Senjata Baharu Syria Diharapkan Lulus Secepat Mungkin
2016-12-31 15:03:23 CRI Cetak

Tentera kerajaan terus melakukan serangan terhadap kumpulan militan Daesh di Homs, tengah Syira.

Pada 29 Disember lalu, pihak tentera kerajaan Syria mengumumkan akan melaksanakan gencatan senjata di seluruh negara yang berkuatkuasa bermula tengah malam semalam. Namun pihaknya juga menerangkan bahawa serangan terhadap Daesh dan Jabhat Fateh al-Sham akan diteruskan kerana mereka tidak dilibatkan dalam perjanjian terkenaan.

Menurut laporan media, gencatan senjata ini tercapai melalui usaha bersama Rusia dan Turki. Sementara itu, kedua-dua negara itu juga akan mendorong kerajaan Syria dan wakil puak antikerajaan mengadakan rundingan di Astana, ibu negara Kazakhstan baru-baru ini.

Wakil Tetap Rusia di PBB, Vitaly Churkin pula mendedahkan bahawa dalam rundingan diadakan semalam, sesetengah anggota Majlis Keselamatan PBB telah mengeluarkan pendapat dan pindaan terhadap draf berkenaan. Kemudian, Rusia dan Turki segera menyemak lagi pindaan tersebut dan berharap agar pengundian yang berkaitan dengan draf itu dijalankan pagi tadi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China