Cari:
Park Geun-hye Tolak Dakwaan
2017-01-02 12:54:56 CRI Cetak

Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye menolak penuh dakwaan terhadapnya yang terlibat dalam skandal teman rapatnya Choi Soon-sil campur tangan dalam pentadbiran negara.

Beliau menegaskan pendirian itu dalam temu bual dengan media di Cheong Wa Dae semalam. Ini kali pertama Park berjumpa dengan media selepas beliau digantung jawatan presiden ekoran dakwaan oleh kongres.

Beliau menyatakan tuduhan dan laporan menyasarkannya telah memutarbelitkan fakta, beliau akan bersungguh-sungguh menghadapi siasatan kumpulan penyiasat bebas.

Beliau juga telah menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan skandal teman rapatnya campur tangan dalam pentadbiran negara.

Beliau menegaskan, semua keputusan kerajaan dibuat berasaskan kepentingan negara, beliau sendiri tidak pernah mengarah mana-mana pihak atau individu diberi layanan istimewa.

Park menjelaskan bahawa beliau mentadbir negara berdasarkan "teori dan keazaman" sendiri, di samping menafikan teman rapatnya, Choi Soon-sil mencampuri pentadbiran negara dengan terlampau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China