Seluruh umat manusia diharapkan mengutamakan kedamaian dan menjadikan 2017 "Tahun Damai".
Demikian seruan yang diluahkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres pada 1 Januari lalu, iaitu hari pertama beliau sebagai Setiausaha Agung PBB.
Dalam ucapan vedio tahun baharu, beliau berkata bahawa menjelang tahun baharu, beliau menyeru semua orang bersama-sama beliau membuat hajat tahun baharu yang mengutamakan kedamaian.
Guterres menyeru rakyat, kerajaan dan pemimpin pelbagai negara berusaha bersama, mengatasi perselisihan, supaya menjadikan 2017 sebagai tahun damai.