Tentera kerajaan Syria telah menembak mati beberapa anggota kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) dalam operasi ketenteraan di provinsi Homs dan Deir ez-zor semalam.
Menurut laporan media tempatan, tentera Syria telah melancarkan serangan terhadap beberapa kubu dan tapak bekalan IS di timur provinsi Homs. Belasan anggota IS telah ditembak mati, manakala sejumlah senjata dan kemudahan dirampas atau dimusnahkan.
Pada waktu yang sama, pertempuran tercetus antara tentera penjaga di sebuah lapangan terbang ketenteraan dengan IS di provinsi Deir ez-Zor yang mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa anggota IS.
Perjanjian gencatan senjatan yang digalakkan oleh Rusia dan Turki telah berkuatkuasa sejak tengah malam 30 Disember lalu waktu tempatan. Namun pihak tentera kerajaan Syaria menjelaskan bahawa serangan terhadap IS dan Jabhat Fateh al-Sham akan diteruskan kerana mereka tidak terlibat dalam perjanjian berkenaan.