Cari:
39 Maut Serangan Ganas di Turki
2017-01-02 10:27:01 CRI Cetak

Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu semalam berkata, serangan ganas yang berlaku di sebuah kelab malam di pusat bandar Istanbul meragut 39 nyawa, manakala 69 orang lagi cedera, antaranya 4 parah.

Soylu berkata, identiti 20 daripada keseluruhan mangsa yang terbunuh itu juga telah dikenal pasti dengan 15 daripadanya merupakan warga asing manakala selebihnya adalah rakyat Turki. Kini, pihak polis sedang sedaya upaya memburu suspek penyerang yang melarikan diri itu.

Konsulat jeneral China di Istanbul berkata, pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa Turki dan tiada warga China maut atau cedera dilaporkan.

Menurut saksi, seorang lelaki yang lengkap berpakaian Santa Claus dan bertutur dalam bahasa Arab melepaskan tembakan rambang ke arah pengunjung di Kelab Malam Reina pagi semalam. Suspek bagaimanapun sempat meloloskan diri selepas tragedi itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China