Cari:
Nilai USD Dijangka Terus Naik
2017-01-03 11:32:44 CRI Cetak

Pengurus Dasar Mata Wang Asing Bank Komersial Jerman, Ulrich Leuchtmann meramalkan, indek USD akan meningkat 4 peratus pada tahun 2017 dan terus meningkat 7.5 peratus pada tahun 2018.

Berdasarkan penyelidikan Forum Institusi Monetari dan Kewangan Antarabangsa (OMFIF), trend nilai USD pada tahun ini bergantung kepada kadar faedah Amerika Syarikat (AS) serta pelaksanaan dasar pemerintahan Donald Trump.

Walau bagaimanapun, disebabkan nilai USD yang terlalu tinggi tidak bermanfaat bagi pelaksanan dasar perdagangan Trump, maka kenaikan nilai mata wang itu mungkin akan dikawal.

Pada masa yang sama, sebahagian pakar dan institusi kewangan Eropah baru-baru ini menjangkakan bahawa nilai euro bakal menghadapi penurunan yang amat besar pada tahun 2017 disebabkan jurang perbezaan dasar monetari antara Eropah dengan AS yang semakin besar serta pemulihan ekonomi AS yang lebih baik daripada Zon Euro.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China