Cari:
Penggantian Misi Konvoi China di Teluk Aden
2017-01-03 11:39:56 CRI Cetak

Konvoi Tentera Laut China kumpulan ke-24 dan kumpulan ke-25 menamatkan penggantian misi di Teluk Aden pada 2 Januari lalu.

Konvoi kumpulan ke-25 akan meneruskan misi perlindungan terhadap kapal-kapal yang berlayar di Teluk Aden dan kawasan perairan Somalia.

Sebelum berpisah, kedua-dua konvoi itu bersama-sama melaksanakan misi perlindungan kali ke-1003, menjaga kapal-kapal kargo yang berlayar dari bahagian timur Teluk Aden ke Laut Merah.

Konvoi kumpulan ke-24 yang berlepas dari Qingdao, provinsi Shandong China pada 10 Ogos lalu telah berjaya menamatkan misi perlindungan sebanyak 35 kali untuk 45 buah kapal dari dalam dan luar negara China, termasuk sebuah kapal daripada Program Makanan Sedunia (WFP), di samping berjaya mematahkan lapan serangan yang disyaki dilakukan oleh lanun dari 15 buah kapal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China