Cari:
Anak Choi Soon-sil Ditahan Polis Denmark
2017-01-03 13:13:59 CRI Cetak

Chung Yoo-ra, anak perempuan Choi Soon-sil yang merupakan teman rapat Park Geun-hye, Presiden Korea Selatan dan disyaki campur tangan dalam pentadbiran negara, telah ditahan di bandar Aalborg, Denmark pada 1 Januari lalu.

Mahkamah tempatan semalam memutuskan penahanan Yoo-ra selama empat minggu.

Pihak polis tempatan turut menyerahkan Yoo-ra kepada Pejabat Ketua Hakim Demmark.

Pegawai jabatan tersebut memberitahu media bahawa pihaknya telah menuntut jabatan yang berkenaan di Korea Selatan agar mengeluarkan permohonan ekstradisi secara rasmi.

Pasukan penyiasat bebas Korea Selatan yang bertanggungjawab menyiasat skandal teman rapat Presiden Park Geun-hye pernah menuntut Interpol untuk mengeluarkan waran merah terhadap Yoo-ra yang didakwa memasuki Ewha Womans University, dengan menggunakan hubungan rapat ibunya dengan Presiden Park Geun-hye dan mendapat layanan istimewa daripada pihak universiti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China