Kementerian Perlindungan Alam Sekitar China memaklumkan bahawa ekoran keadaan cuaca yang kurang baik, pencemaran udara yang menyebabkan jerebu teruk akan melanda bandar Beijing, Tianjin, provinsi Hebei dan kawasan sekitarnya dari 3 hingga 7 Januari ini.
Sesetengah kawasan mungkin akan menghadapi pencemaran udara yang amat serius.
Kualiti udara dari utara ke selatan China dijangka akan bertambah baik berikutan udara sejuk bakal bermula pada waktu malam 7 Januari.
Pada ketika ini, amaran pencemaran udara tahap kuning dan ke atas di beberapa bandar dan provinsi seperti Beijing, Tianjin, Hebei dan 72 buah bandar di provinsi Shaanxi telah dikeluarkan dan masih dikekalkan.