Cari:
50 Maut Rusuhan di Penjara Brazil
2017-01-03 12:51:12 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam rusuhan penjara di wilayah Amazonas, Brazil apabila pergaduhan tercetus dalam kalangan beberapa kumpulan banduan.

Menurut Setiausaha Keselamataan Awam Negeri Amazonas, Sergio Fontes, rusuhan berlaku pada pukul 1 petang kelmarin waktu tempatan.

Punca rusuhan disebabkan konflik antara kumpulan banduan di dalam penjara itu.

Rusuhan tersebut berjaya ditamatkan selepas 17 jam kemudian.

Jumlah kematian mencatat 50 hingga 60 orang setakat ini.

Rusuhan sebegitu adalah satu perkara yang biasa di Brazil, terutamanya di penjara yang sesak dan kekurangan dana.

Selain itu, rusuhan yang berlaku di penjara Brazil pada bulan Oktober lalu mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 orang maut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China