Cari:
Serangan Ganas Turki: Lapan Suspek Ditahan
2017-01-03 14:48:41 CRI Cetak

Menurut laporan media Turki, polis telah menahan lapan suspek yang disyaki terlibat dalam serangan keganasan yang berlaku di Kelab Malam Reina di pusat bandar Istanbul semalam.

Walau bagaimanapun, identiti suspek itu masih belum diumumkan.

Menurut akhbar Hürriyet Turki, kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) telah mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Menurut saksi, seorang lelaki yang lengkap berpakaian Santa Claus dan bertutur dalam bahasa Arab telah melepaskan tembakan rambang ke arah pengunjung kelab tersebut awal pagi 1 Januari.

Dilaporkan, suspek berjaya melarikan diri selepas mencetuskan insiden tersebut.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Turki, pihak polis telah menyoal siasat 147 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan IS pada minggu lalu, dengan 25 daripadanya telah ditahan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China