Cari:
Pendapatan Industri Persembahan di Beijing Lebih RMB1.7 Bilion
2017-01-04 15:43:12 CRI Cetak

Jabatan Kebudayaan Beijing dan Persatuan Persembahan Beijing semalam memaklumkan, industri persembahan di bandar ini terus berkembang pesat pada tahun 2016, dengan hasil kutipan tiket melebihi RMB1.7 bilion. Jumlah ini meningkat 10.7 peratus berbanding dengan tahun 2015.

Berdasarkan statistik, golongan belia adalah pengguna utama dalam industri berkenaan.

Pasaran persembahan opera kekal stabil dan menjadi pilihan utama bagi penonton Beijing, manakala drama moden dan drama kanak-kanak pula paling aktif, dengan 8928 kali, sekali gus menyumbang RMB317 juta daripada jualan tiket.

Selain itu, permintaan yang tinggi dalam industri hiburan, khususnya siaran langsung Internet, persembahan konsert semakin meningkat dan mencatat peningkatan sebanyak 43.2 peratus.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China