Cari:
Antonio Guterres Gesa Dunia Bersatu Hadapi Cabaran
2017-01-04 14:20:50 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres meletakkan kalungan bunga di ibu pejabat PBB bagi memperingati kakitangan PBB yang terkorban dalam misi pengamanan pada hari pertama beliau bertugas.

Beliau turut menyampaikan ucapan ringkas yang menggesa pelbagai negara anggota PBB agar bergabung tenaga dalam menghadapi cabaran global.

Menurut beliau, PBB sepatutnya berusaha untuk mencegah dan menyelesaikan konflik dalam usaha untuk menggalakkan keamanan dan kemakmuran dunia, di samping mewujudkan pembangunan mapan serta memulihkan situasi hak asasi manusia di seluruh dunia.

Tambah beliau lagi, PBB memainkan peranan penting dalam membantu dan meringankan beban orang awam. Dalam pada itu, pembaharuan PBB juga perlu terus dilaksanakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China