Cari:
HSBC: Peluang Pelaburan Paling Menarik 2017 Bakal Muncul di AS dan Asia
2017-01-05 12:57:18 CRI Cetak

The Hong Kong and Shanghai Banking Corporation (HSBC) semalam mengeluarkan ramalan pelaburan 2017 yang menjangkakan peluang pelaburan paling menarik bagi tahun 2017 bakal muncul di Amerika Syarikat (AS) dan Asia.

Berdasarkan laporan tersebut, Eropah akan terus dibelengu oleh masalah struktur dan isu politik yang kurang pasti. Sebaliknya, pasaran AS dan Asia mampu menyediakan peluang pelaburan yang lebih menarik.

Pengurus Besar Bank Peribadi HSBC yang juga Pengurus Strategi Pelaburan Rantau Asia, Fan Cheuk Wan memberitahu, dalam pasaran saham, dengan kerancakan permintaan domestik, ekonomi China, India dan Indonesia berkembang mapan, pembaharuan struktur dilaksanakan dengan lancar, selain pelbagai dasar yang menyokong pertumbuhan ekonomi.

Selain itu, kebergantungan ketiga-tiga negara tersebut terhadap eksport lebih rendah berbanding dengan tahap purata Asia dan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Oleh itu, negara-negara tersebut mempunyai daya tahan yang lebih kukuh ketika menghadapi sekatan perdagangan yang semakin meningkat serta risiko politik global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China