Cari:
Syarikat Didi Melabur di Brazil
2017-01-05 14:36:02 CRI Cetak

Penyedia perkhidmatan kenderaan Brazil, 99 semalam mengumumkan bahawa pihaknya telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Syarikat Didi China. Syarikat Didi akan menjadi pelabur strategik, dan menyertai lembaga pengarah syarikat 99.

Berdasarkan pengumuman, pengurus bandar dan syarikat di China dan Amerika Latin aktif menggunakan teknologi dan sumber baharu ketika menghadapi cabaran dalam pengangkutan awam, perlindungan alam sekitar dan peluang pekerjaan yang timbul seiring dengan pembangunan ekonomi.

Kerjasama 99 dengan Didi akan memberikan sokongan kepada pembangunan sistem pengangkutan pintar di beberapa bandar.

Didi juga akan menyediakan sokongan komprehensif kepada 99 dari segi teknologi dan produk, serta berkongsi pengalaman dan pelan operasi bagi membantu syarikat itu meneroka pasaran tempatan dan Amerika Latin.

99 yang ditubuhkan pada tahun 2012 itu menyediakan perkhidmatan kereta sewa khas dan teksi secara dalam talian kepada pengguna di 550 buah bandar di Brazil.

Kini, 99 mempunyai lebih 140 ribu pemandu yang berdaftar dan lebih 10 juta pengguna.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China