Cari:
Korea Selatan Hapuskan 30 Juta Ekor Ayam, Burung
2017-01-05 11:00:51 CRI Cetak
Lebih 30 juta ekor ayam dan burung terpaksa dihapuskan di Korea Selatan dalam usaha membasmi wabak selesema burung yang disifatkan paling buruk pernah melanda negara tersebut.

Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea Selatan memberitahu, jumlah tersebut dua kali lebih tinggi berbanding tahun 2014 apabila hanya 14 juta ekor ayam dan burung yang dihapuskan ketika itu.

Bangkok Post melaporkan, langkah yang diambil pihak berkuasa negara itu menyebabkan harga telur ayam melonjak naik kerana masalah kekurangan bekalan yang teruk.

Secara puratanya, hampir satu pertiga daripada jumlah ayam di Korea Selatan atau 22.45 juta burung yang dihapuskan itu memberi kesan kepada penghasilan telur.

Difahamkan, ekoran penghapusan besar-besaran itu, jumlah pengeluaran telur menjunam daripada 43 juta kepada 30 juta biji sehari.

Dalam perkembangan berkaitan, Kabinet Korea Selatan meluluskan peraturan untuk membuang tarif import terhadap produk berasaskan telur buat sementara waktu.

Pada masa yang sama, Seoul membenarkan syarikat-syarikat tempatan untuk mengimport hingga 98,000 tan telur serta produk berasaskan telur tanpa dikenakan tarif bermula 5 hingga 30 Jun ini.

Kes pertama membabitkan penularan virus H5N6 (influenza A) atau selesema burung di Korea Selatan direkodkan penghujung Oktober lalu, manakala kes membabitkan ayam pula dilaporkan berlaku pertengahan November lepas.

Sumber dari Utusan Online

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China