Lapangan Terbang Antarabangsa Urumqi dijangka akan membuka penerbangan terus ke Eropah yang pertama pada tahun 2017.
Penerbangan ke London, Rom dan Vienna sedang dalam proses persiapan dan masih belum ditentukan laluan mana yang akan beroperasi dahulu.
Kini, dua laluan penerbangan, iaitu Chengdu-Urumqi-Rom dan Guangzhou-Urumqi-Vienna telah mendapat kelulusan Jabatan Penerbangan Awam China, manakala China Southern Airlines sedang berusaha untuk menawarkan laluan penerbangan Guangzhou-Urumqi-London.
Pengarah Biro Xinjiang Jabatan Penerbangan Awam Negara, Zhang Zhonghua berkata, Urumqi akan dibina menjadi pusat penerbangan antarabangsa pada tahun 2017.