Cari:
Turki Kenal Pasti Identiti Penyerang
2017-01-05 14:32:05 CRI Cetak

Menteri Luar Turki, Mevlut Çavusoglu semalam memaklumkan bahawa polis Turki telah mengenal pasti identiti individu yang melakukan serangan di Kelab Malam Reina. Namun maklumat terperinci tentang penyerang terbabit tidak didedahkan.

Menurut laporan Agensi Berita Dogan semalam, polis bandar İzmir telah menangkap 40 suspek yang disyaki terlibat dengan serangan keganasan tersebut, yang juga disyaki anggota kumpulan ekstremis Negara Islam (IS).

Dilaporkan, 40 suspek tersebut kebanyakannya mempunyai hubungan persaudaraan dengan suspek utama yang melepaskan tembakan di kelab malam itu.

Serangan yang berlaku pada malam sambutan tahun baharu itu telah mengorbankan 39 nyawa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China