Institut Penyelidikan Masa Depan Bandar The Chinese University of Hong Kong semalam mengumumkan bahawa pihaknya telah menyiapkan platform pengumpulan dan analisis data besar bandar yang pertama di Hong Kong.
Platform tersebut akan menggunakan teori pembangunan bandar, teknologi inovatif dan perisian pintar untuk mengumpulkan dan menganalisis data besar, di samping membantu membangunkan Hong Kong sebagai bandar pintar.
Ketua Institut Penyelidikan Masa Depan Bandar, Liang Yi memberitahu wartawan, platform itu menggabungkan rangkaian produk, manusia, komuniti, data dan perkhidmatan, serta dapat digunakan dalam bidang penjagaan kesihatan, perubatan, perancangan bandar, penyeliaan kualiti udara, dan lain-lain.
Kini, platform tersebut telah memasuki peringkat ujian sebelum dipasarkan.